Monday, April 13, 2009
final oooo final...
jgn tension2...korang buat lh yamg terbaik..
coz korang dah belajar....
do ur best....CHAYOKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!111
luv...what is luv????
korang mesti penah dgrkan pepatah diatas...aku pun x tau nak explain cane benda nih coz aku ni sama mcm korang gak...baru nak lalui...tp hmm...xder ayat yang sesuai la aku nak discribe untuk aku....
tp xper lah..biar lah aku sorang jer yang tau eh..
kekadang sedih jugak biler fikir akan seseorang yang amat kiter sayangi,tp kiter x lama dgn dia kan..
ni lah dugaan yang paling besar yang terpaksa dilalui oleh owg yang bercinta..
klu di ikutkan ati,nak aje kiter hidup bersama dgn dia kan?
tp apa kan daya klu jodoh x kesampaian...
sebanyak mana pun kiter merancang,tp DIA yang menentukan....
mungkin ader hikmah di sebalik perpisahan itu..
kiter kene lah lalui dengn tabah dan ati yang terbuka untuk menghadapi nyer..
walaupun perpisahan berlaku,tapi,kasih dah sayang tu tetap bersemadi dalam ati dan sanubari kiter kan..?
xper lah...kiter doakan lah yang terbaik untuk dia...jgn lah sesekali benci pada dia..
sesungguhnyer cinta,kasih dan syg tu adalah perkara yang suci...yang x dapat dilihat dgn mata,tapi boleh dirasa dengan ati..
bg owg yang melalui perkara nih,aku harap,korang tabah lah yer...jgn lah buat perkara yang x sepatut nyer...
korang anggap lah ader hikmah disebalik musibah ni yer...
salam............
Thursday, April 2, 2009
!! 9 Perkara Yang X bley Bincang Ngan Laki !!
Salam..sory dah lama x update ..meh nak citer cikit ttng benda yg dianggap sensitif belier nak ckp ngn laki..haaaa...
laki pun ader jugak perasaan...sama jer mcm ppuan...n korng kene tau...laki pun ader jugak pantang...
akkan pempuan je yang ader pantang diorang je kan? Lelaki pun ada jugak sebab-sebab dan perkara-perkara yang diorng tak suka ppuan buat kat diorng.
kat bawah ni ader 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan korang sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka yer.
1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan baik-baik jer.
3. Jangan cerita hal kecurangan yang pernah anda lakukan kat belakang dia. Hal ni akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri korang. Jugak jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan #@%$^&รข€™ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu..hahaha...ni sensored cikit yer
5. Jangan juga menceritakan bahawa kawan korang mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan korang..padan muka..
6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya atau lecturer yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya korang cuba untuk masuk campur secara keterlaluan...hmm...susah nih
7. Berpisah adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun korang benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah..ppuan ni,benda ni lah yg korang suka buat
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati korang. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan korang nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila dan perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Yang penting, korang tak merosakkan hubungan korang dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara..hmmm...yang ni korang kene lah jg bebaik yer...
aku harap,korang pandai-pandai lah menilai yer...
Monday, March 16, 2009
Kelas yang membosan kan...
aku bosan la nak g kelas...xder bnda yang best...
lec mengajar pun mcm x semangat jer...
dah la mengatuk...aduyai lec oiii...xley ker ko ajar kasik best cikit...kenape la ko ajar method yang mmbosan kan....mcm mana anak muda mu ini nak fokus kepada muuu...
kepada semua kwn yang senasib denagn ku,kite kene sesama tabah menghadapi dugaan ini...
seksa nyer...tp nak buat cana kan,kiter ni pelajar,dia pengajar..klu ckp lebey2 kang,xpasal-pasal sem depan kiter jumpa dia lg...waaaa....aku x mau...
shenme ma????
ni lah dugaan sebagai seorang pelajar...hua hua hua...
kwn2...kiter fokus sesama yer....
~'CiNtA'~
Kali ni aku nak story tentang cinta..
Haha...aku ni bukan tau sgt pun tentang cinta-cinta ni..coz aku bercinta baru sekali..
xper lah..aku share jer lah ngan korang cikit aper yg aku tau yer..
hmmm....ciinnntaaa...aper yer...cinta ni 1 perasaan yang kiter sendiri xtau nak terangkan mcm mana tp kiter boleh merasai klu kiter btul2 bercinta..cinta-cinta monyet x masuk dalam senarai ahhh...
Bg aku,klu kiter cinta kan seseorang tu,kiter selalu doakan dia kat mana jua wlaupun dia xder kat sisi kiter,walaupun dia jarang contact kiter..aper-aper jer lah..janji kiter doakan kesejahteraan dia...
Tp kan,ader jugak owg yg malu-malu nak gtau yg dia cinta kan seseorng..padahal dalam ati,tuhan jer lah yang tau...haloo sahabat,kasik tau jer lah...sampai biler nak pendam..jgn la simpan kata-kata sayang tu sampai dia meninggal dunia pastu baru la nangis teresak2 kat kubur dia sambil tulis kata cinta..mcm citer :Love Is Cinta: ..aper kes...time tu suma dah ter lambat la beb..
Bg saper pulak yang x tau cinta tu aper,meh aku kasik tau...
cuber korang pikir eh,korng dianugerah kan sepasang mata untuk melihat,sepasang kaki untuk berjalan,sepasang tangan untuk memegang dan merasa sesuatu,sepasang telinga untuk mendengar sesuatu yang indah,tp kan korng penah x terpikir naper kiter dianugerahkan sekeping ati? sebab sekeping lg Allah telah bg kepada seorang lg untuk kiter mencari...itu lah cinta..
Kawan ku..cinta nih bukan la perkataan atau kata yang murah yang senang-senang dituturkan dari mulut ke mulut,tp cinta nih sesuatu yang indah dan sesuatu yang suci yang dianugerahkan oleh kepada kiter jika kiter dapat menilai kesuciannyer..
Kiter ni kekadang x tau adakah kiter jatuh cinta dan bilakah kiter jatuh cinta,mcm ader sowng mmber aku tu....nama dia drahsiakan...hahaha..tp biler korang dan si-dia tersedar,yakin la pada diri korng yang korang xkan lepaskan si-dia dengan sejuta rasa tanda tny kat ati dia...sakit oiii...
hahahaa...sampai cini jer lah yg aku dapat kasik tau korang...yang lain,korng carik sendiri la...sume nak kasik...amboiiiii...
Thursday, March 12, 2009
..::KeDewAsAaN::..
Aku ni pun bukan perfect sgt.
Aku pun masih di alam remaja yang mahukan kebebasan,ketakstabilan emosi mcm korang jugak.Tp kiter kene sesama fikir yang kiter ni xkan selamanya remaja.Akan sampai jugak tahap dimana kiter suma akan dewasa.
Bg aku,yang mencerminkan kedewasaan seseorang adalah sikap.
Semakin hari semakin kiter sedar pentingnya sesuatu yang disebut sikap .Jadi sikap itu mewarnai cara berfikir kiter dan tindakan kiter dalam menghadapi hidup zaman sekarang yang penuh dengan mainan dunia nih.
Kedewasaan dapat diukur dengan berapa matangnya sikap kiter ni dalam menghadapi hidup.Kedewasaan sangat dipengaruhi oleh pengalaman hidup.
Jadi orang yang ingin belajar dari hidup ini, dari apa yang dialaminya akan lebih mudah dewasa. Dugaan hidup, kesusahan serta penderitaan tu akan mempercepatkan dan mematangkan seseorang tu untuk jadi lebih dewasa.
Oleh itu dapat dikatakan bahawa kedewasaan bertunas dari jiwa yang telah mengalami dugaan hidup. Orang yang dewasa ialah orang yang menghadapi dugaan hidup dan tidak lari dari menghindarinya, tidak cepat menyalahkan orang lain ke atas apa yang brlaku terhadap dirinya,sentiasa tabah dan sabar kerana tahu bahawa Tuhan mengatur segalanya untuk kebaikan.
Orang yang dewasa juga ialah orang yang mampu membebaskan diri dari kepahitan hidup ini. Dengan kata lain orang yang dewasa tidak menyimpan dendam dan tidak merendah-rendahkan kekurangan orang lain, dia melihat fakta seadanya dan memikul tanggungjwb di atas tindakannya..
apa komen korang tentang petikan ini..
klu der komen,komen la kat tempat komen di bawah petikan ini yer...
aku tau,mmg sukar untuk kiter suma menempuhi alam dewasa ni.
banyak sangat komitmen yang kiter suma perlu pikul.
tp,klu owg lain boleh,xkan kiter x ler..btul x?
kiter sesama la fikir kan yer....jgn lupa komen yer...
Tuesday, March 10, 2009
.::: LaLai :::.
lalai ni sejenis penyakit jugak klu korang nak tau...cuma korang sedar or x jer..
Kelalaian tidak lain merupakan sifat yang tercela. Pada ayat yang lain
Allah SWT berkata bahawa kelalaian boleh mengunci hati dan menutup
pendengaran dan penglihatan. Firman Nya:
"Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya
telah dikunci oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai."
(al-Nahl: 108)
ha...korang pun tau klu ati kene kunci jd aper...nak study pun x masuk..nak mengaji pun dah luper...ati dah x terang..
Orang-orang yang lalai tidak mempunyai hati. Hati mereka seakan
terkunci. Mereka tidak mempunyai hati yang sedar, tidak mempunyai
pendengaran yang mampu mendengar dan tidak mempunyai penglihatan yang
mampu melihat. Sehingga akhirnya sifat kelalaian ini telah menjadikan
mereka jatuh ke darjat haiwan dan binatang.
sory la klu bahasa ni mcm kasar cikit...tp tu ah hakikat yg sebenar...disamping aku mengingati diri aku yang serba kekurangan ni,aku nak jugak kongsi ngan korang suma supaya kite sama-sama dapat menghindarkan kealpaan..
aku pun bukan sempurna sangat untuk nasihat korang suma..tp aku harap korang pepaham sudah la benda2 ni...mmg kekadang kiter x sedar and x mengaku pun yang kiter ni selalu alpa..cuma kiter saja buat2 x tau benda2 ni...
aku harap,korang bukan sekadar baca ja artikel ni...tp korang hayati la ek..
korang suma dah besar panjang..bukan budak kecik yg senantiasa kee bimbingan..
kiter dianugerahkan akal oleh Allah SWT untuk berfikir n membezakan kite dengan haiwan..
so,korang pilih la mana yang ter baik untuk diri korang yer....
