HoHoiiii...i'm back..
meh cini..aku nak citer cikit pasal kealpaan atau pun lalai...lalai ni sejenis penyakit jugak klu korang nak tau...cuma korang sedar or x jer..
Kelalaian tidak lain merupakan sifat yang tercela. Pada ayat yang lain
Allah SWT berkata bahawa kelalaian boleh mengunci hati dan menutup
pendengaran dan penglihatan. Firman Nya:
"Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya
telah dikunci oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai."
(al-Nahl: 108)
ha...korang pun tau klu ati kene kunci jd aper...nak study pun x masuk..nak mengaji pun dah luper...ati dah x terang..
Orang-orang yang lalai tidak mempunyai hati. Hati mereka seakan
terkunci. Mereka tidak mempunyai hati yang sedar, tidak mempunyai
pendengaran yang mampu mendengar dan tidak mempunyai penglihatan yang
mampu melihat. Sehingga akhirnya sifat kelalaian ini telah menjadikan
mereka jatuh ke darjat haiwan dan binatang.
sory la klu bahasa ni mcm kasar cikit...tp tu ah hakikat yg sebenar...disamping aku mengingati diri aku yang serba kekurangan ni,aku nak jugak kongsi ngan korang suma supaya kite sama-sama dapat menghindarkan kealpaan..
aku pun bukan sempurna sangat untuk nasihat korang suma..tp aku harap korang pepaham sudah la benda2 ni...mmg kekadang kiter x sedar and x mengaku pun yang kiter ni selalu alpa..cuma kiter saja buat2 x tau benda2 ni...
aku harap,korang bukan sekadar baca ja artikel ni...tp korang hayati la ek..
korang suma dah besar panjang..bukan budak kecik yg senantiasa kee bimbingan..
kiter dianugerahkan akal oleh Allah SWT untuk berfikir n membezakan kite dengan haiwan..
so,korang pilih la mana yang ter baik untuk diri korang yer....
No comments:
Post a Comment