Salam..sory dah lama x update ..meh nak citer cikit ttng benda yg dianggap sensitif belier nak ckp ngn laki..haaaa...
laki pun ader jugak perasaan...sama jer mcm ppuan...n korng kene tau...laki pun ader jugak pantang...
akkan pempuan je yang ader pantang diorang je kan? Lelaki pun ada jugak sebab-sebab dan perkara-perkara yang diorng tak suka ppuan buat kat diorng.
kat bawah ni ader 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan korang sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka yer.
1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan baik-baik jer.
3. Jangan cerita hal kecurangan yang pernah anda lakukan kat belakang dia. Hal ni akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri korang. Jugak jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan #@%$^&รข€™ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu..hahaha...ni sensored cikit yer
5. Jangan juga menceritakan bahawa kawan korang mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan korang..padan muka..
6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya atau lecturer yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya korang cuba untuk masuk campur secara keterlaluan...hmm...susah nih
7. Berpisah adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun korang benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah..ppuan ni,benda ni lah yg korang suka buat
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati korang. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan korang nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila dan perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Yang penting, korang tak merosakkan hubungan korang dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara..hmmm...yang ni korang kene lah jg bebaik yer...
aku harap,korang pandai-pandai lah menilai yer...
No comments:
Post a Comment